Other Mancini sedia pinjamkan Given

WIGAN: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini berkata beliau akan melepaskan penjaga gol, Shay Given untuk berpindah ke kelab lain menerusi pinjaman, Januari nanti.

Pemain antarabangsa Republik Ireland kini menjadi pemain simpanan kepada Joe Hart dan belum sekalipun diturunkan musim ini dan ketika menentang Wigan yang berkesudahan City menang 2-0, namanya juga tiada dalam senarai pemain utama.

Given dikaitkan dengan perpindahan ke Fulham, Celtic dan Arsenal sebelum tempoh perpindahan tamat bulan lalu tetapi akhirnya dia kekal di Eastlands.


Walaupun Mancini pernah membayangkan bahawa pemain itu akan diturunkan pada saingan Piala Liga menentang West Brom malam esok, Given sebenarnya mengharapkan dia diturunkan untuk aksi Liga Europa.


Perkara itu membuatkan dia cukup kecewa dan situasi yang dihadapinya benar-benar merosakkan moral. Dia berkata: “Saya tahu tidak kira apa yang saya lakukan ketika latihan, saya pasti tidak akan diturunkan. Walaupun saya terbang seperti Clark Kent, saya tetap menjadi simpanan.” Mancini berkata beliau simpati dengan keadaan Given dan akan membenarkan pemain itu berpindah ketika tempoh perpindahan dibuka semua Januari nanti.


Pengurus Manchester City itu berkata: “Saya menghormati Shay. Saya pernah memberitahunya mengenai situasi ini sebelum tempoh perpindahan tamat.” - AFP


credit to :mymetro on9
هذا الموضوع كتبته يوم ضمن تصنيف فأن اصبت فمن الله وحده و ان اخطات فمن نفسي و الشيطان . يمكنك نقل اي موضوع من المدونة بشرط ذكر المصدر و ذكر رابط الموضوع الاصلي للاتصال او الاستفسار عن اي موضوع من هنا.